Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Instagram anak PM Muhyiddin diserang warganet


Setelah sekian lama menyepi tanpa khabar berita, nama penyanyi Najwa Mahiaddin yang juga merupakan anak kepada Perdana Menteri Malaysia menjadi bualan hangat netizen di media sosial.

Biarpun dia sudah lama tidak memuat naik hantaran terbaru di Instagram, baru-baru ini ramai netizen menyerang ruangan komen pada gambar terakhir yang dikongsi olehnya pada penghujung Januari lalu.

Diserang kecaman & makian

Memetik penulisan OiJom, netizen membanjiri ruangan komen itu dengan rasa amarah serta geram kepada pelantun lagu Got To Go berkenaan.

Mereka mula menyerang penyanyi itu sejak beberapa minggu lalu dan memberi komen ‘pedas’ terhadap Najwa dan ahli keluarga terutama sekali ayahnya, Tan Sri Muhyiddin Yassin.




Tidak layan komen negatif

Walau bagaimanapun, penyanyi berusia 35 tahun tersebut tidak mempedulikan segala kecaman netizen namun dia bertindak menutup ruangan komen pada gambar berkenaan.

Difahamkan lagi, komen-komen biadap itu adalah kerana tidak berpuas hati dengan kepimpinan Perdana Menteri TSMY dalam mentadbir urus negara ketika pandemik ini.

Sumber: OhMedia