Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Institusi Diraja berhadapan risiko besar jika PM interim gagal


INSTITUSI DIRAJA BERHADAPAN RISIKO BESAR JIKA PERDANA MENTERI  INTERIM GAGAL 

Oleh: ANINA SAADUDIN 

Ampun Tuanku beribu ampun, sembah patik mohon diampun. 

Punca utama kejatuhan Tan Sri Muhyiddin Yasin dan PERIKATAN NASIONAL adalah kerana gagal tangani Covid-19 dan ekonomi. 

Rakyat sakit, meninggal dunia, bunuh diri, tiada pekerjaan, hilang harta benda dan tiada wang untuk makan. 

Bagi menggantikanPerdana Menteri yang gagal, Tuanku bukan sahaja perlu memilih calon yang memiliki majoriti, malah calon yang berkualiti. 

Sebelum ini, Tan Sri Muhyiddin Yasin juga diangkat kerana miliki majoriti, namun tetap gagal kerana tidak miliki kredibiliti sesuai dengan situasi kritikal. 

Jadi, kriteria utama  Perdana Menteri Interim perlu lah  mampu menyelamatkan Malaysia dan rakyatnya dari situasi kritikal.


Tuanku wajar menolak  bekas Timbalan Perdana Menteri dari kerajaan PN yang gagal dan tumbang kerana mencari Perdana Menteri Interim bukan seperti   menukar tikar lama dengan tikar baru. 

Jika Perdana Menteri interim gagal, patik yakin institusi DiRaja akan berhadapan risiko ditekan oleh rakyat. 

Patik tidak menolak kemungkinan rakyat akan turun ke jalanan apabila kehidupan mereka teruk terhimpit. 

Situasi hari ini bukan lagi tentang percaturan politik, tetapi nyawa dan perut rakyat. 

Sekali lagi, mencari Perdana Menteri Interim bukan seperti mengganti tikar lama, ianya perlu berasskan “foundation” yang kuat. 

Mengambil bekas Timbalan Perdana Menteri bagi mengantikan bekas Perdana Menteri tidak akan menyelesakan masalah yang ditinggalkan oleh  mereka sendiri. 

Mereka adalah individu-individu yang baru sahaja terbukti gagal dan tumbang. 


Anina Saadudin


Kita bukan hendak menyelamatkan individu atau parti, kita hendak menyelamatkan rakyat dan negara. 

Tuanku perlu cermat kerana rakyat berpayung di bawah Duli Tuanku. 

Rakyat memohon Tuanku  mengelak perangkap pihak yang terdesak dengan kuasa dan kepentingan diri. 

Letakkan keutamaan kepada menyelamatkan rakyat, bukan mencari Perdana Menteri. 

Jika kita letakkan Perdana Menteri sebagai keutamaan, patik khuatir kita hanya akan mendapat Perdana Menteri baru tapi bukan menyelesaikan masalah. 

Ampun Tuanku.

sumber: FB Anina Saadudin