Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Ismail Sabri dakwa terkejut lihat kegagalan SOP di PPV Grand Season dan Bkt Jalil



PUTRAJAYA: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri mendakwa dirinya berasa terkejut setelah melihat keadaan yang sesak di dua pusat pemberian vaksin (PPV).

"Saya terkejut melihat video keadaan di PPV Rumah Prihatin Hotel Grand Seasons dan PPV Bukit Jalil hari ini yang penuh berpusu-pusu sehingga mengabaikan SOP."

"Saya harap pihak penguatkuasa dapat memastikan keadaan pekerja asing bersesak-sesak seperti ini tidak berulang lagi kerana ianya boleh menyebabkan penularan wabak."

"Saya akan menghubungi kementerian yang berkaitan serta pihak PDRM supaya kejadian ini dapat ditangani segera."katanya di Facebook beliau hari ini.


Sebelum itu,  situasi membimbangkan berlaku di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Rumah Prihatin Hotel Grand Season selepas dibanjiri orang ramai untuk divaksinasi, hari ini.

Situasi berkenaan yang ditularkan oleh pemilik Instagram, Umirah Mohd Taib, ketika dihubungi FMT berkata, dia ketika itu bersama suami dalam perjalanan ke Kampung Baru terkejut melihat kesesakan yang berlaku di PPV berkenaan.

Video berkenaan jga turut dikongsi oleh bekas Perdana Menteri Dato Seri Najib Razak di Facebook beliau.

"Sebab itu, saya tak begitu gemar dengan Mega PPV. Lebih cenderung dengan klinik swasta, drive thru besar-besaran dan pusat komuniti kecil tetapi tersebar luas."kata Najib.

-TunCarlos