KUALA LUMPUR: Bekas Pengasas Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Anina Saadudin, hari ini menegur kerajaan baru pimpinan Perdana Menteri ke-9 agar lebih peka kepada sensitiviti rakyat.
Ini berikutan tularnya beberapa gambar dan video ketika lawatan Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob ke Yan Kedah bagi melihat sendiri kesan banjir di sana.
Antara yang tular adalah gambar Ismail Sabri bersama beberapa pemimpin-pemimpin UMNO di dalam private jet milik Kerajaan yang kini hangat diperkatakan oleh netizen di pelbagai platform media sosial.
Terdapat juga video tular menunjukkan rombongan kira-kira lebih 50 biji kenderaan mengiringi PM dan juga gambar papan rentang seperti billboard yang dipasang oleh pihak berkuasa tempatan bagi menyambut kedatangan PM dan mengucapkan tahniah di atas perlantikan beliau baru-baru ini.
"Wow, 51 buah kenderaan iring Perdana Menteri untuk lawatan ke Yan, Kedah hari ini. Dulu waktu kalah PRU14, semua sembunyi dalam rumah." kata Anina dalam postingnya di Facebook.
"Dato Seri Najib naik mahkamah, semua duduk di rumah sebab demam kura. Dato Seri Najib nak bayar ikat jamin mahkamah kena kutip derma seluruh Malaysia sebab pemimpin UMNO semua tiba-tiba miskin. Bila pemimpin UMNO naik PM, semua keluar dengan kereta-kereta mewah escort walau jauh dalam hutan."
"Berpuluh-puluh trailer bantuan dari pelbagai NGO tiba di Yan membawa makanan, pakaian, peralatan, mesin penapis air dan segala keperluan bernilai berpuluh juta sejak malam hari pertama kejadian. Ustaz Ebit Liew sendiri membawa 3 trailer dan beliau datang dengan trailer, bukan jet peribadi. Ada individu dan syarikat yang menderma ratusan ribu, tapi mereka tidak membawa banner untuk di gantung."
"Baru dua hari jatuh dari alang jadi PM, Ismail Sabri bawa kawan-kawan merak buih naik jet peribadi ditanggung rakyat dari KL ke Kedah. 51 kenderaan kawan-kawan PM mengiringan beliau seperti Sultan Melaka nak kahwin Puteri Gunung Ledang.
"Tak perlu lah buat rakyat benci kerana jika Ismail Sabri hilang 4 kerusi sahaja, beliau akan seri dengn Anwar Ibrahim 110-110.
"Jangan tunjuk kepada rakyat apa yang rakyat tak suka tengok. Saya akan terus bercakap benar. "kata Anina lagi.
-TunCarlos