Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Kejadian tembak di kem, 4 anggota TUDM maut



KOTA SAMARAHAN: Seorang anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dipercayai melepaskan tembakan membunuh tiga orang rakan sekerja beliau sebelum bertindak menembak dirinya.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Aidi Ismail berkata, kejadian berlaku jam 7.50 pagi di Balai Pengawal Handau Skuadron 330 TUDM.

Suspek, yang berasal dari Lundu dikatakan telah tiba di lokasi kejadian dengan menaiki sebuah motosikal terus memasuki bilik pengawal ketika masa serah tugas.

Suspek terus mengambil sepucuk senjata jenis M4 Carbain dan menembak tiga anggota TUDM yang sedang bertugas dipos kawalan tersebut sebelum menembak dirinya.


Difahamkan, dua anggota mati ditempat kejadian sementara seorang lagi cedera terkena tembakan dibahagian perut sempat menaiki kenderaan sendiri ke klinik tentera lalu telah dikejarkan ke Hospital Institut Jantung Negara (IJN) berdekatan. 

Namun keadaannya kritikal dan kemudiannya telah meninggal dunia.

Polis forensik masih berada di lokasi kejadian membuat siasatan ke atas kes ini.

-Hmetro