Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Kerajaan silap langkah isu batal Ordinan Darurat, usul akan dibincang esok


Proses pembatalan ordinan-ordinan darurat oleh Yang di-Pertuan Agong sepertimana yang disembah nasihat oleh kabinet pada 23 Julai tidak dapat disempurnakan, kata Perdana Menteri Muhyiddin Yassin

Bagaimanapun, katanya, dengan berakhirnya proklamasi darurat pada 1 Ogos, berdasarkan perlembagaan, pembatalan ordinan-ordinan itu oleh Seri Paduka tidak lagi berbangkit.

Maka, katanya, selaras dengan titah Agong dan Perkara 150 (3) Perlembagaan Persekutuan, usul untuk membahas dan mengungkaikan ordinan-ordinan darurat boleh dibawa dalam sidang parlimen September ini.

“Usul ini yang akan dibincangkan dalam mesyuarat jemaah menteri esok diharapkan dapat menyelesaikan polemik berkaitan pembatalan ordinan­ ordinan darurat secara harmoni dan berperlembagaan,” katanya.

Sebelum ini kecoh di parlimen selepas kerajaan berkata ordinat darurat telah dibatalkan pada 21 Julai.

Istana kemudian mengeluarkan kenyataan media menyatakan perasaan amat dukacita Agong.


Menurut istana, baginda tidak pernah memberi perkenan kerana mahukan ia dirungkai di parlimen.

Pejabat Perdana Menteri (PMO) sebelum ini mempertahankan tindakan mereka sebagai teratur dan selaras dengan undang-undang serta perlembagaan.

PMO antaranya berhujah, mengikut Perkara 40(1) Perlembagaan Persekutuan, Agong perlu menerima dan bertindak mengikut nasihat jemaah menteri.


-HMetro