Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Ketua Pemuda Pakatan Harapan meninggal dunia, positif Covid-19



PETALING JAYA: Amanah hari ini mengumumkan Ketua Pemuda Pakatan Harapan (PH), Shazni Munir Mohd Ithnin meninggal dunia.

Shazni dirawat untuk Covid-19 dan disenaraikan sebagai pesakit Kategori 5 kurang seminggu lalu.

“Dukacita dimaklumkan bahawa sahabat dan rakan perjuangan kami, Shazni Munir, Ketua Pemuda Amanah telah kembali kerahmatullah sebentar tadi.

“Mohon doa dan sokongan daripada semua agar keluarga beliau kuat lalui ujian ini,” kata Setiausaha Pemuda Amanah, Asim Abdullah Ainullotfi di Facebook parti itu.

Allahyarham yang dilantik sebagai Ketua Pemuda PH pada 5 Mac lalu, meninggalkan seorang balu dan tiga anak.

Pada 19 Julai lalu, Shazni mengumumkan dirinya positif Covid-19, selepas mengalami demam panas dan sakit seluruh badan.

Beliau kemudiannya dilaporkan dalam keadaan kritikal pada 24 Julai.

Isteri dan anaknya turut disahkan positif Covid-19.


Dalam pada itu, rakan seperjuangan mengucapkan takziah kepada keluarga Shazni, antaranya Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim; Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan Ahli Parlimen Lembah Pantai yang juga Ketua Penerangan PKR, Fahmi Fadzil.

“Ketua Pemuda PH merangkap Ketua Pemuda Amanah pulang ke rahmatullah akibat Covid-19. Allahyarham baru berusia 34 tahun.

“Salam takziah buat keluarga Allahyarham, termasuk isteri dan anak-anak, dan juga buat keluarga besar Amanah,” tulis Fahmi di Facebook.

Bekas pemimpin Pemuda PKR Selangor, Najwan Halimi berkongsi gambarnya bersama arwah yang disertakan ucapan takziah.

“Damailah dikau di sana sahabat seperjuangan yang dikasihi,” tulisnya di Twitter.