KUALA LUMPUR: Kementeri Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengenalpasti terdapat 33 kluster baru dalam tempoh 24 jam yang lalu di seluruh negara. Daripada jumlah itu, 17 kluster dikenalpasti sebagai kluster tempat kerja.
Di Lembah Klang, Selangor mencatatkan 7 kluster baru hari ini dimana kesemuanya adalah dari kluster tempat kerja yang kebanyakkannya di kawasan perindustrian.
Hari ini Selangor mencatatkan kes baharu sebanyak 8549 kes, dan Kuala Lumpur sebanyak 2163 kes.
Setakat ini dilaporkan sebanyak 1,117 kluster masih aktif seluruh negara.
