Seorang lelaki ditahan polis selepas didakwa melakukan perbuatan khianat ke atas haiwan apabila membunuh tiga ekor siput babi menggunakan taburan garam, lapor portal Coconut, semalam.
Menerusi kejadian yang dilaporkan berlaku di sebuah kolam air pancut di Tsim Sha Tsui, Hong Kong. Suspek dikatakan menaburkan garam ke atas siput babi berkenaan.
Apabila perbuatannya dihalang, suspek berkata kewujudan siput babi adalah ancaman pada keseimbangan ekosistem alam semulajadi.
Keratan berita mengenai penahanan lelaki berkenaan |
Susulan laporan orang ramai, polis menahan suspek berusia 26 tahun yang merupakan pelajar doktor falsafah jurusan sains komputer dan merampas pakaian yang dipakai ketika melakukan jenayah tersebut.
Lelaki itu kini berdepan kemungkinan hukuman denda sehingga HK$200,000 (RM109,012) dan tiga tahun penjara di bawa kesalahan penganiayaan ke atas haiwan
– Agensi