Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Lelaki cuba rentas daerah berenang guna styrofoam berjaya dicekup



GEORGE TOWN – Seorang lelaki didakwa membuat percubaan kedua melakukan rentas daerah dari bahagian pulau di negeri ini ke tanah besar melalui jalan laut apabila dikesan menaiki sebuah pelampung gabus styrofoam semalam.

Difahamkan tindakan lelaki itu dikesan pihak berkuasa ketika dia berada di dalam laut sebelum diselamatkan dengan dibawa naik ke atas bot.

Kejadian itu tular di media sosial apabila beberapa keping gambar dan video memaparkan tindakan berani lelaki tersebut dengan meniarap di atas bongkah gabus bersaiz kira-kira satu meter persegi yang dijadikan rakit dikongsi pengguna.

Lelaki yang berseluar pendek dan memakai kemeja-T berwarna biru itu dilihat membawa sebuah beg galas dan menyarungkan sehelai kain pelikat pada tubuh.


Menurut pengguna Facebook, lelaki tersebut didakwa individu sama yang sebelum ini diselamatkan oleh petugas Penang Port Sdn. Bhd. apabila dikesan cuba merentas daerah dengan berenang ke Seberang Perai.

Kosmo! Online, Julai lalu melaporkan seorang lelaki berusia 28 tahun mengambil keputusan nekad untuk berenang merentasi Selat Pulau Pinang sejauh kira-kira tiga kilometer dari George Town untuk ke Seberang Perai bagi bertemu rakannya.

Bahagian tanah besar dan pulau di negeri ini yang merangkumi daerah berbeza dihubungkan dengan Jambatan Pulau Pinang, Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah dan perkhidmatan feri penumpang, manakala rentas daerah masih tidak dibenarkan ketika negeri ini berada pada Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara. 

video:

– K! ONLINE