GUJARAT, India – Tindakan seorang lelaki ‘menutup’ bahagian hujung alat sulitnya menggunakan gam kuat berakhir dengan tragedi selepas perbuatan menyebabkan dia meninggal dunia, lapor akhbar Daily Star semalam.
Salman Mirza, 25, yang menempah sebuah bilik hotel bersama tunangnya tersedar dia terlupa membawa kondom sebelum melakukan hubungan seks.
Pasangan dari Fatehwadi, Ahmedabad itu kemudian menggunakan gam kuat untuk ‘menutup’ alat sulit Salman sebagai langkah mencegah kehamilan.
Dia bagaimanapun ditemui tidak sedarkan diri di dalam bilik hotel tersebut oleh rakannya, Firoz Shaikh.
Salman dibawa ke hospital Awam Sola di mana keadaan kesihatannya merosot sebelum dia disahkan meninggal dunia.
Ketika pemeriksaan forensik dijalankan, Salman didapati meninggal dunia akibat kaedah pencegahan kehamilan yang dibuatnya.
Rakan Salman percaya bahawa lelaki itu mungkin berada di bawah pengaruh dadah ketika kejadian dan tidak menyedari tindakannya itu boleh membawa padah.
“Mereka (Salman dan pasangannya) menghidu gam tersebut yang dicampur bersama dadah sebelum menggunakan gam itu pada alat sulitnya bagi mencegah kehamilan.
“Ia bagaimanapun merosakkan organ lelaki itu dan mangsa meninggal dunia akibat kegagalan organ lain,” kata seorang penyiasat kejadian.
– Agensi