Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

MB Perlis kecewa negeri kembali ke Zon Merah


PERLIS KE ZON MERAH SEMULA KERANA PENINGKATAN KES HARIAN DAN KUMULATIF 

Saya amat bimbang dengan peningkatan kes positif Covid-19 yang mendadak akhir-akhir ini. Sejak 5 hari lepas, jumlah kes positif harian mencecah lebih dari 20 kes. Ini telah mengundurkan kita ke zon merah semula, walaupun sudah memasuki Fasa 3 PPN. 

Saya merasakan kemasukan Perlis ke Fasa 3 dengan kebebasan bergerak dan melakukan aktiviti ekonomi yang lebih luas telah disia-siakan dengan peningkatan kes harian. 

Secara kumulatif, Perlis sedang menghampiri angka 1,000 kes positif. Ini amat menyedihkan.

Saya percaya majoriti rakyat mematuhi SOP yang ditetapkan untuk mengekang peningkatan kes positif. Bagaimana ada sebilangan kecil ahli masyarakat yang tidak mengambil serius soal pematuhan SOP ini. Kelemahan mereka mematuhi SOP telah mengundang risiko untuk dijangkiti virus.

Jangan terkejut jika kes-kes positif di Perlis ini akan meningkat secara luar biasa, atau apa yang diistilahkan sebagai "exponential increase"!


Walau pun Perlis dah masuk Fasa 3, cubalah elak untuk keluar dari rumah. Lebih penting lagi, elakkan dari bertemu sesiapa sahaja walau pun ahli keluarga terdekat dalam sedikit masa ini.

Dari maklumat yang saya perolehi, orang ramai dah rasa takut nak keluar dari rumah sekarang ni. Mereka takut dijangkiti.

Janganlah disia-siakan kebebasan bergerak dan menjalankan kegiatan ekonomi yang lebih luas dalam Fasa 3 ini dek kerana kita gagal mematuhi SOP!

Datuk Seri Azlan Man
Menteri Besar Perlis