"Muhyiddin mulutnya jahat, dulu dia tuduh saya sokong UMNO kerana tiada wang" -Anina
DULU TUDUH ANINA SOKONG UMNO KERANA TIADA DUIT, SEKARANG TUDUH UMNO TOLAK BELIAU KERANA TAKUT MASUK PENJARA
Oleh ANINA SAADUDIN
Pada 16 September 2017, iaitu 8 bulan sebelum PRU14 saya telah membuat keputusan keluar dari BERSATU walaupun saya pengasas parti.
Muhyiddin beritahu wartawan Anina keluar BERSATU untuk menyokong UMNO kerana Anina tiada wang.
Justeru saya dituduh menerima wang dari UMNO melalui 1MDB berjumlah RM5 juta beserta kereta, driver, dua buah rumah dan lain-lain.
Kesemua dakwaan tersebut tidak pernah mereka lapor kepada polis atau SPRM walaupun selepas mereka menang PRU14 kerana ianya hanya pembohongan.
Memang betul saya tidak kaya seperti Muhyiddin, saya hanya seorang wanita yang berdikari dengan ilmu dan tulang empat kerat membeli rumah dan menyara anak-saya saya sendiri.
Saya lawan orang yang sangat berkuasa di Malaysia kerana saya benci rasuah, pecah amanah, fitnah, tipu, khianat dan mereka yang mengaibkan orang untuk menutup kejahatan sendiri.
Terkini, 4 August 2021, Muhyiddin tuduh pemimpin-pemimpin UMNO tidak menyokong beliau sebagai Perdana Menteri kerana kononnya beliau enggan masuk campur urusan mahkamah.
Dalam erti kata lain, Muhyiddin tuduh dirinya mahu dijatuhkan kerana pemimpin UMNO takut masuk penjara.
Sehingga kini tiada satu pun bukti yang Muhyiddin tunjuk jika benar pihak tertentu meminta pertolongannya berkaitan kes mahkamah.
Semua cakap kosong dari mulutnya yang jahat dan suka menghina orang lain apabila sedar orang enggan bersekongkol dengannya.
Lagipun jika mahu PM tolong selamatkan dari tuduhan mahkamah, mestilah duduk diam tidak kritik Muhyiddin dan puji sahaja apa Muhyiddin buat.
Sekali lagi, benar saya bukan kaya raya tetapi saya tidak hidup sebagai PM merempat yang meminta sedekah dari MP untuk menyokong saya kekal PM.
Benar ada pemimpin UMNO sedang didakwa di mahkamah tetapi mereka bukan individu desperado yang mencari sokongan dengan menipu YDP Agong, Parlimen dan rakyat.
Bukan sahaja gagal teruk dengan jawatan PM yang dicuri, malah Muhyiddin juga bermulut jahat, penipu dan pemfitnah.
Muhyiddin akan menghina sesiapa sahaja yang menentangnya seolah-olah dia ditentang kerana dirinya pemimpin suci.
sumber: FB Anina Saadudin