Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

'Noraini tak hadir sidang, telefon ditutup'


KUALA LUMPUR: Ketidakhadiran Ahli Parlimen Parit Sulong, Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad merangkap Menteri Pengajian Tinggi dalam sidang media tergempar Ahli Parlimen UMNO mencetuskan pelbagai persoalan sama ada beliau bersama 31 Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) atau sebaliknya.

Sebaliknya, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menjelaskan, pihaknya tidak dapat menghubungi Ketua Wanita UMNO itu kerana telefonnya ditutup.

“Beliau cakap dekat saya, beliau serabut dan pening kepala dengan keadaan sekarang,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Sebelum ini, Noraini antara Menteri UMNO yang dijangka akan meletakkan jawatan mengikut jejak langkah Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Shamsul Anuar Nasarah.

-utusan/tuncarlos