Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Pemuda menangis dapat minum teh tarik di kedai mamak



Sudah berapa lama kita tidak dapat duduk semeja di kedai makan menikmati juadah dan berborak dengan rakan-rakan. Pastinya ramai yang merindui momen tersebut kerana ia sudah menjadi lumrah kita sebelum adanya pandemik.

Walau bagaimanapun, sejak kebelakangan ini, pihak kerajaan telah memutuskan untuk memberi sedikit kelonggaran di negeri-negeri yang sudah beralih ke fasa 2 Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi makan dan minum di kedai.

Hirup teh tarik di kedai mamak

Selain itu, pihak kerajaan juga turut membenarkan mereka yang sudah lengkap tempoh dua dos vaksin untuk makan dan minum di kedai serta memasuki premis-premis perniagaan.

Justeru itu, menerusi perkongsian seorang pengguna TikTok dengan nama akaun @kenanganmengusikjiwaa, dia telah memuat naik video seolah-olah menangis ketika menghirup teh tarik di kedai mamak bersama rakan-rakannya.


Walaupun video tersebut sememangnya satu lakonan dan ekspresi wajah ketika menangis juga didakwa dibuat-buat, namun ramai warganet yang rasa terwakili dengan luahan seperti itu.

Masing-masing mengakui rindu suasana melepak di kedai makan bersama rakan-rakan dan ada juga yang mengakui sebak kerana ada diantara rakan yang sering menghiburkan telah ‘pergi’ terlebih dahulu disebabkan Covid-19.





sumber: OhMyMedia