Kenderaan pacuan 4x4 yang dipercayai membawa pendakwah tersebut ke ibu pejabat polia Bukit Aman |
PETALING JAYA – Seorang ustaz yang juga pendakwah terkenal tiba bagi memberi keterangan ke Ibu pejabat Polis Bukit Aman pagi ini.
Kosmo! Online semalam melaporkan, keterangan daripada lelaki yang berusia dalam lingkungan 30-an itu dipercayai diperlukan bagi membantu siasatan berhubung kes gangguan seksual.
Siasatan dijalankan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman.
Satu kenyataan dijangka dikeluarkan berhubung perkara tersebut hari ini.
– K! ONLINE