Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

"Permintaan saya bagi kerajaan baru ada dua sahaja" -Najib


Permintaan saya bagi kerajaan baharu ada dua sahaja:

1. Rakyat didahulukan - bukan kroni atau towkay kilang.

2. Pencapaian diutamakan - bukan berulang kali ratib "kita sudah berusaha yang terbaik" tapi berkali-kali gagal dan gagal. Atau berulang kali, kita tak gagal cuma belum berjaya. 

Ini bukan masa untuk "cuba" atau "usaha" lagi. Kita dah ada pengalaman serta paling penting data! Gunakan data dan sains. 

Kita tak sanggup lagi lihat angka kematian. Cukuplah airmata keluarga. Cukuplah. Kita tak sanggup lagi lihat angka kes aktif semakin mencanak naik. 

Perlu selesaikan masalah dengan sebaik-baiknya secepat mungkin. Tak perlu tangguh tangguh. 

Kena faham:
- 3 bulan 10 hari (102 hari) sudah berlalu sejak PKP 3.0 bermula.
- 2 bulan, 7 hari (68 hari) sudah berlalu sejak Pelan Pemulihan Negara telah diumum.

Tapi:
- kita masih pecah rekod tertinggi kes baharu hampir tiap-tiap hari.
- kita masih top 10 kes baharu Covid dalam dunia (tidak ambil kira saiz penduduk)
- kita masih antara paling tinggi dalam dunia bagi kadar kes baharu dan kematian baharu Covid (dari segi saiz penduduk)
- kes aktif Covid hari ini cecah 260 ribu orang.
- Kita cecah 1 juta kes Covid pada 25 Julai.  Tak sampai sebulan, kita lepasi 1.5 juta kes semalam.
- Unjuran ekonomi kita telah dipotong ke sifar oleh syarikat penafaran Fitch dan dipotong separuh oleh kerajaan dari 7% ke 3% hingga 4%.
- Pasaran saham kita masih paling corot di Asia Pasifik dan kedua paling corot dalam dunia.

Ini adalah fakta dan realiti. Bukan rekaan. Ini data. 


Pada keadaan ini, ramai rakyat takut untuk keluar jikapun diberi kelonggaran. Yang bekerja terpaksa menanggung risiko. Ada yang terjangkit di tempat kerja. Ada yang hilang nyawa akibat darinya. Data tidak menipu. 

Ramai peniaga juga tak berani meniaga jikapun diberi kelonggaran. Ada juga yang langsung tak boleh berniaga kerana sudah terlalu lama tutup dan wang sudah kehabisan untuk bermula semula. Bak kata pepatah, kikis bukit pun boleh rata. Dah lama mereka menanggung rugi. Duit tinggal sesen dua. 

Keadaan ini tidak boleh berterusan.

Untuk pulihkan ekonomi, kita kena kawal Covid.

Demi kelangsungan hidup, kita kena bantu Rakyat.

Ada cara dan ada penyelesaiannya.

sumber: FB Najib Razak