Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Petisyen tolak Ismail Sabri kurang sambutan


PETALING JAYA: Sebuah petisyen dilancarkan di change.org bagi menolak Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri Malaysia kesembilan.

Sehingga kini, petisyen tersebut kurang mendapat sambutan kerana hanya berjaya mengumpul lebih daripada 230,000 orang sahaja yang menyatakan sokongan penolakan terhadap bekas Timbalan Perdana Menteri itu.

“Dia cuai dalam menangani wabak covid-19, menyebabkan jangkitan besar-besaran.

“Banyak komen yang tidak tepat membuktikan bahawa dia hanya pembohong dan pelawak politik,” tulis petisyen itu.
Petisyen tersebut dipercayai dirancang dan dijayakan oleh penyokong parti pembangkang iaitu Pakatan Harapan dan juga beberapa parti kecil lain. 
Ada sumber mengatakan setiap aktivis media sosial pro PH memiliki sekurangnya 50 akaun berbeza setiap seorang. 

Semalam, Naib Presiden UMNO itu berjaya mengumpul jumlah surat akuan tertinggi iaitu dengan 114 sokongan sekali gus membolehkan beliau diangkat sebagai Perdana Menteri kesembilan.

Seramai 114 ahli Parlimen terdiri daripada Barisan Nasional (BN), Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Pas dan Gabungan Parti Sarawak (GPS) menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dalam lima sesi, hari ini. 

– UTUSAN/TunCarlos