Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Petugas suntik vaksin kosong mohon maaf



SEORANG petugas di pusat pemberian vaksin membuat permohonan maaf selepas memberikan suntikan kosong kepada seorang lelaki di Pluit, Jakarta Utara.

Petugas dikenali sebagai EO berkata, dia langsung tidak mempunyai sebarang niat dan meminta maaf kerana kejadian itu menimbulkan keresahan dalam kalangan masyarakat.

EO membuat permohonan maaf itu di pejabat polis Metro Jakarta Utara, lapor Detik.com.

Sambil menunduk, EO turut menangis dan berjanji akan mengikuti segala proses undang-undang pada masa depan.


Ketua Perhubungan Awam, Polis Metro Jaya, Yusri Yunus berkata, EO merupakan seorang jururawat dan memilih menjadi sukarelawan di pusat vaksinasi.

Hasil siasatan, dia mengaku memberikan suntikan kosong kepada seorang penduduk sehingga tular dalam media sosial.

Jelasnya, pihak polis masih menjalankan siasatan berhubung motif sebenar suntikan kosong itu diberikan.