Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

PM komitmen laksana tuntutan Pemuda UMNO termasuk pengeluaran 'lumpsum' i-Citra


PM NYATAKAN KOMITMEN UNTUK LAKSANA #TuntutanRAKYAT
oleh: Asyraf Wajdi, Ketua Pemuda UMNO Malaysia

Malam tadi dalam Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi UMNO, saya telah bangkitkan kepada YAB Perdana Menteri berkenaan dengan harapan tinggi rakyat agar Tuntutan mereka (#TuntutanRAKYAT) diberikan keutamaan. 

YAB PM yang juga merupakan Naib Presiden 1 UMNO menyatakan komitmen beliau untuk menyegerakan isu ekonomi rakyat yang sedang tertekan dan terdesak akibat Pandemik ini, sebagaimana yang dibangkitkan Pemuda UMNO. 

Mesyuarat MKT malam tadi juga membuat ketetapan melalui Kenyataan media yang telah dikeluarkan:

1-Kerajaan mesti menyantuni kehendak dan tuntutan rakyat berkaitan kebajikan dan kesejahteraan mereka.

2-Penambah-baikan pakej-pakej bantuan rakyat (BPN, BPR dan BKC), 

3-Moratorium tanpa faedah terakru, 

4-Pengeluaran i-Citra secara one-off dengan jumlah minimum RM10,000

5-Bantuan kepada pengusaha kecil dan sederhana yang terjejas teruk akibat pandemik.

sumber: FB Asyraf Wajdi