Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Selangor tak tak akan tutup kilang walau kes positif tinggi


SHAH ALAM: Kerajaan Negeri Selangor tidak akan menutup kilang di negeri ini meskipun kes harian jangkitan Covid-19 masih tinggi.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan dan Pengangkutan negeri, Ng Sze Han berkata, keputusan itu dibuat bagi memastikan sektor ekonomi terus berlangsung setelah ia ditutup ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 1.0 selama beberapa bulan.

“Kerajaan negeri tidak akan menutup kilang yang telah mendapat kelulusan daripada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) serta mematuhi semua syarat lesen yang ditetapkan pihak berkuasa tempatan (PBT).

“Kerajaan melalui PBT akan memastikan sesebuah kilang beroperasi dengan syarat lesen yang ditetapkan,” katanya ketika sesi pertanyaan lisan Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Persidangan Dewan Negeri Selangor ke-14 di Bangunan Annex, di sini, hari ini.


Beliau menjawab soalan Long Tuck Chee (PH-Pandamaran) mengenai peruntukan kuasa yang ada pada kerajaan Selangor untuk menutup kilang di negeri itu.

Namun kata Sze Han, kerajaan negeri akan menutup kilang sekiranya mereka didapati melanggar peraturan yang ditetapkan PBT.

“Siri beberapa operasi bersepadu yang dijalankan PBT dan juga pihak berkuasa telah menutup beberapa buah kilang yang telah melakukan kesalahan di bawah PBT.

“Tapi, saya tidak ada angka berapa banyak jumlah kilang yang ditutup,” katanya.

-utusan