Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Siasatan ke atas kegiatan seleweng sijil vaksin tanpa suntikan



PETALING JAYA: Risikan akan dilakukan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke atas mana-mana lokasi yang disyaki melakukan perbuatan penyelewengan mendapatkan sijil vaksinasi tanpa menerima suntikan vaksin.

Meskipun SPRM setakat ini masih belum menerima sebarang aduan berkaitan isu berkenaan namun siasatan akan dijalankan agensi itu.

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Azam Baki berkata, pihaknya memandang serius terhadap dakwaan orang ramai berkaitan kegiatan merasuah doktor atau mana-mana pihak bagi mendapatkan sijil vaksinasi tanpa menerima suntikan vaksin.

Kata beliau, perbuatan itu bukan saja melibatkan isu rasuah, tetapi ia menjejaskan reputasi profesion pengamal perubatan sekali gus mencalarkan imej mereka sekiranya perkara itu benar-benar berlaku.

“Oleh itu, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung salah laku itu boleh menghubungi SPRM di talian hotline 1-800-88-6000 atau portal aduan rasuah di portaladuan.sprm.gov.my,” katanya dalam satu kenyatan di sini hari ini.

Rabu lalu, Presiden Persekutuan Persatuan Pengamal Perubatan Swasta Malaysia (FPMPAM), Dr. Steven Chow dilaporkan berkata, beberapa ahli FPMPAM mendakwa ditawarkan RM1,000 oleh beberapa individu untuk memalsukan sijil digital vaksin.

Dr. Steven berkata, tidak semua individu yang membuat tawaran itu adalah antivaksin berikutan terdapat segelintir yang perlu sijil berkenaan untuk melakukan perjalanan dalam tempoh segera.

-utusan