Takiyuddin tak perlu letak jawatan walaupun Agong murka, kata akar umbi PAS
TAKIYUDDIN Hassan tidak perlu meletak jawatan dalam Kabinet walaupun Yang di-Pertuan Agong murka atas tindak-tanduk menteri hal ehwal undang-undang itu, kata pemimpin akar umbi PAS.
Krisis antara Menteri di Jabatan Perdana Menteri Takiyuddin Hassan dengan istana tidak sampai ke tahap penderhakaan, kata ketua penerangan PAS Johor.
Mereka antara lain berpendapat, krisis antara Takiyuddin dengan istana tidak sampai ke tahap penderhakaan dalam isu itu juga lebih besar dari penderhakaan dilakukan Pakatan Harapan (PH).
Sebelum ini Takiyuddin didakwa menawarkan diri bagi melepaskannya jawatannya sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang).
Ini susulan Yang di-Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan rasa amat dukacita terhadap pengumuman Takiyuddin di Parlimen pada 26 Julai lalu sedangkan baginda belum lagi memperkenankan pembatalan Ordinan Darurat.
Menurut sumber dalaman PAS, Takiyuddin yang juga Setiausaha Agung parti Islam itu memaklumkan hasrat tersebut kepada Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang namun, beliau diminta merujuk perkara (lepas jawatan) itu kepada Perdana Menteri terlebih dahulu.
Dalam kenyataan Istana Negara itu, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan dukacita dengan kenyataan di Parlimen pada Isnin lalu, bahawa kerajaan sudah membatalkan semua Ordinan Darurat walhal ia belum lagi diperkenan Seri Paduka.
-MalaysiaInsight/TunCarlos