Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Tindakan Muhyiddin letak jawatan adalah wajar, MIC terus bersama BN



PETALING JAYA: MIC akan menghormati keputusan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin untuk meletakkan jawatan kerana parti itu merasakan ia adalah tindakan wajar dilakukan sekiranya seseorang yang memegang kedudukan telah hilang majoriti.

“Beliau memberitahu kami semua bahawa telah melakukan yang terbaik untuk rakyat dalam keadaan yang berlaku ini.

“Oleh kerana beliau mengakui telah kehilangan majoriti, ia adalah perkara terhormat untuk dilakukan mengikut Perlembagaan,”

Vigneswaran berkata kini terpulang kepada Yang di-Pertuan Agong untuk menentukan siapa selepas ini yang akan memimpin negara.


Katanya, bagi MIC, mereka sentiasa bersama Barisan Nasional (BN) dan tidak pernah bertukar arah.

“Kami akan terus berada dalam pakatan ini. Akhirnya, kita berpandukan kepada apa yang penting untuk negara dan komuniti. Kita tunggu dan lihat apa yang berlaku esok.”

Terdahulu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas) Mohd Redzuan Md Yusof dilaporkan berkata, perdana menteri dijangka menyerahkan surat perletakan jawatan kepada Agong selepas mesyuarat Kabinet esok.

Redzuan berkata demikian selepas menghadiri mesyuarat Ahli Parlimen daripada PN di ibu pejabatnya untuk membincangkan hala tuju parti selepas Muhyiddin yang juga Presiden Bersatu, berundur sebagai perdana menteri.

-FMT