Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

'Tindakan Muhyiddin selari dengan hasrat raja-raja' -Annuar Musa



PETALING JAYA: Pengumuman Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk merangka persefahaman rentas parti semalam dibuat demi mengakhiri kemelut politik tanah air.

Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa berkata, tindakan tersebut juga selari hasrat raja-raja dan sultan berdasarkan titah sebelum ini.

Malah katanya, tinjauan mendapati rakyat tidak suka sentimen kepada tindakan bersifat politicking dan berebut kuasa.

“Justeru, tawaran jalan keluar menerusi pelan transformasi bersifat bipartisan dan inklusif serta fokus kepada pemulihan nasional seperti diketengahkan Perdana Menteri adalah satu bentuk pemikiran luar kotak yang wajar direnungi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam pada itu Annuar berkata, beliau tidak akan meletakkan jawatan dan Kabinetnya bersetuju untuk mengadakan perbincangan dengan pemimpin parti luar Perikatan Nasional (PN) menjelang undi percaya bagi menguji sokongan majoritinya di Parlimen bulan depan. 

– UTUSAN