Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Tukang urut dibunuh, didakwa cacatkan kemaluan suspek


JAKARTA – Seorang lelaki di Sulawesi Tenggara, Indonesia bertindak membunuh seorang tukang urut warga emas selepas menjalani sesi rawatan yang dikatakan telah mengubah fungsi alat kelaminnya, lapor TribunKolaka, hari ini.

Suspek yang dikenali sebagai L,49, pada mulanya meminta mangsa, Dulati (74) datang ke rumahnya untuk menjalani sesi urutan batin sekitar pukul 10.30 pagi (waktu tempatan) pada Rabu lalu.

Sebaik sahaja selesai sesi rawatan, L mendapati alat kelaminnya mengalami perbezaan dan fungsinya juga seperti sudah berubah.

Berang dengan keadaan itu, L menuduh urutan Dulati telah ‘mencacatkan’ alat kelaminnya yang normal sebelum rawatan.

“Mangsa menafikan bahawa urutannya telah mengubah fungsi alat kelamin L lalu berlakunya pertengkaran antara mereka.

“Suspek hilang kawalan lalu menyerang mangsa menggunakan sebilah parang. Mangsa maut di tempat kejadian dengan kecederaan di bahagian leher,” kata Ketua Bahagian Masyarakat Polis Kolaka, Asisten Inspektor Riswandi.

Suspek kini berada dalam tahanan polis dan berdepan dengan kemungkinan hukuman penjara 15 tahun jika disabit kesalahan. 

– Agensi