Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Tun M dan Anwar kembali bersama tunjuk perasaan di Dataran Merdeka ke Parlimen



KUALA LUMPUR: Beberapa ahli parlimen pembangkang didapati telah berkumpul di Dataran Merdeka bersama penyokong mereka. Turut hadir Tun Dr Mahathir dan juga Anwar Ibrahim. 

Buat pertama kali mereka dilihat kembali bersama setelah tindakan Mahathir meletakkan jawatan pada tahun lalu hingga terbantut impian Anwar untuk menjadi Perdana Menteri.

Sementara itu, jalan-jalan utama menuju ke bangunan parlimen di Kuala Lumpur telah ditutup bagi menghalang kemasukan ahli-ahli pembangkang berikutan penangguhan sidang khas parlimen hari ini.

Ahli Parlimen Kota Kinabalu, Chan Foong Hin menyiarkan gambarnya berdiri di tepi jalan bersama dua ahli Parlimen lain.

"Lockdown Parlimen?! Jalan masuk ke parlimen semuanya disekat oleh polis," katanya di Facebook.

Chan juga berkongsi satu lagi gambar polis trafik sedang bertugas di sekatan jalan raya.




Ketika dihubungi, Ahli Parlimen Bandar Kuching, Kelvin Yii berkata, sekumpulan ahli parlimen lain berkumpul di bangunan Bank Rakyat di Bulatan Dato Onn, kira-kira 1.5km dari parlimen.

"Jalan raya semua disekat. Kami tidak dibenarkan masuk (ke parlimen).

"Jadi kita boleh berkumpul di lokasi lain dan terus berjalan," kata Yii.

Ahli Parlimen pembangkang mula berkumpul di Dataran Merdeka sebagai persediaan untuk berarak ke parlimen setelah gagal mengadakan rundingan.

Sejak awal pagi ini, beberapa trak Black Maria dilihat berada di lokasi di sekitar parlimen.

Anggota yang bertugas termasuk dari Light Strike Force, selain anggota polis biasa dan pegawai trafik turut dilihat di sekatan jalan raya.