Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Wanita sengaja potong gelang pink dikompaun RM5000


PETALING JAYA – Tindakan seorang remaja perempuan dipercayai memotong gelang pink semata-mata untuk keluar mengundang kemarahan orang ramai.

Menerusi sebuah video berdurasi 34 saat yang tular di media sosial Twitter itu telah mendapat lebih 225,000 tontonan, 4,600 tanda suka dan telah diulang ciap sebanyak 7,005 kali.

Video tersebut memaparkan seorang remaja perempuan yang telah membuka gelang pink tersebut dan mendakwa gelang itu merupakan ‘gelang emas’ yang dibeli oleh ibunya.

Remaja terbabit turut memberitahu tindakan memotong gelang pink untuk keluar berjalan tersebut tidak akan diketahui orang ramai.

video:


Salah seorang pengguna Twitter @eomneuyau berkata, tindakan wanita terbabit memotong gelang pink tersebut menjengkelkan.

“Eiiii jijik perangai. Ya Allah jauhkanlah anak aku dari kawan macam ni. Jauhkan lah anak aku dari manusia macam ni, noooo,” katanya.

Sementara @adibsyqi_ pula berkata, wanita tersebut sepatutnya mematuhi arahan yang ditetapkan dan lebih bertanggungjawab.

“Aku kuarantin tak pakai gelang pon aku tak keluar rumah ikut mysejahtera punya time la. Tanggungjawab la sikit,” jelasnya.

Dalam pada itu, polis telah mengeluarkan kompaun sebanyak RM5,000 ke atas remaja berusia 17 tahun berkenaan atas kesalahan di bawah Peraturan 16 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (PPPPB) (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (Pelan Pemulihan Negara) 2021.

Siasatan polis mendapati kejadian berlaku Kamunting, Perak dan difahamkan, remaja berkenaan dikatakan hanya singgah di rumah rakannya di kawasan tersebut.





- K! ONLINE