Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Zahid tolak untuk bertemu Ismail Sabri, kata sumber MKT



Timbalan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob telah mengadakan sejumlah pertemuan susulan jangkaan peletakan jawatan Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri esok dan usaha mengekalkan kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Terdahulu, dilaporkan usaha digerakkan oleh Ahli Parlimen UMNO pro-PN untuk mengumpul sokongan agar naib presiden Umno itu menjadi calon Perdana Menteri bagi PN.

Ismail Sabri juga dikatakan telah mendekati ahli parlimen Umno untuk menyokongnya sebagai calon perdana menteri seterusnya tetapi kumpulan utama yang boleh menghalang perkara itu adalah kem Zahid.

Pertemuan terbaru Ismail dengan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi dikatakan tidak berjaya kerana Presiden UMNO itu menolak untuk berjumpa.


Seorang sumber yang merupakan ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno memberitahu Ismail Sabri ingin  bertemu Zahid di Kuala Lumpur World Trade Centre, iaitu ibu pejabat Umno.

Kem Ismail Sabri sebelum ini berusaha meyakinkan kem Zahid agar kembali kepada PN dengan Ismail sebagai pemimpinnya.

Menurut mereka, ia konsisten dengan desakan kem Zahid bahawa Umno yang patut memimpin kerajaan. Masih belum jelas jika Zahid bersedia untuk menyokong naib presidennya itu.

Setelah Perikatan Nasional bersetuju memberi laluan kepada Datuk Seri Ismail Sabri menjadi Perdana Menteri, kedudukan beliau kini bergantung kepada sokongan 11 daripada 15 orang Ahli Parlimen UMNO yang menyertai Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Sumber dalam Bersatu menyatakan, secara prinsip 100 Ahli parlimen yang menyokong kerajaan Perikatan Nasional menerima pencalonan Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri sekiranya Tan Sri Muhyiddin Yassin meletak jawatan.


Kini nasib Ismail Sabri terletak kepada 15 orang ahli Parlimen UMNO yang menarik diri dari menyokong Muhyiddin dua minggu lalu. Ismail memerlukan sekurang-kurangnya 11 orang lagi untuk mendapat majoriti mudah 111.

Mereka yang menarik sokongan sebelum ini ialah Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi (Bagan Datuk), Datuk Seri Najib Razak (Pekan), Datuk Seri Ahmad Maslan (Pontian), Datuk Shamsul Anuar Nasarah (Lenggong), Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim (Baling), Datuk Azalina Othman Said (Pengerang), Datuk Seri Bung Moktar Radin (Kinabatangan), Datuk Ahmad Jazlan Yaakub (Machang), Datuk Nizar Zakaria (Parit), Datuk Ahmad Nazlan Idris (Jerantut), Ramli Mohd Nor (Cameron Highland), Datuk Mohamad Alamin (Kimanis), Tan Sri Noh Omar (Tanjung Karang), Tengku Razaleigh Hamzah (Gua Musang) dan Datuk Noraini Ahmad (Parit Sulong).

-TunCarlos/SuaraTV