Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

China selesai hantar semua rel keluli untuk projek HSR Indonesia



BEIJING – China selesai menghantar kesemua rel keluli seberat 38,100 tan ke Indonesia untuk projek pembinaan landasan kereta api berkelajuan tinggi (HSR) Jakarta-Bandung.

Penghantaran itu membabitkan lima fasa bermula November 2020 dan fasa akhir melibatkan bekalan rel keluli seberat 6,600 tan yang selamat sampai di Indonesia pada Selasa.

Landasan HSR Jakarta-Bandung merupakan sebuah projek ikonik Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) serta kerjasama pragmatik China dengan Indonesia.

Rel sepanjang 142.3 kilometer (km) itu akan menghubungkan Jakarta dan Bandung, yang masing-masing merupakan ibu negara dan bandar keempat terbesar Indonesia, dengan kelajuan operasi maksimum mencecah 350 km sejam.

Projek tersebut akan mengurangkan masa perjalanan di antara kedua-dua bandar kepada 40 minit berbanding lebih tiga jam menerusi lebuh raya pada masa ini, sekali gus mendorong pembangunan ekonomi tempatan. 

Malaysia sebelum ini juga sudah memeterai perjanjian untuk projek HSR Kuala Lumpur-Singapura, tetapi projek ini telah dilengah-lengahkan oleh kerajaan Pakatan Harapan sebelum ini dan akhirnya dibatalkan oleh bekas Perdana Menteri Muhyiddin Yassin di bawah Perikatan Nasional.

Malaysia terpaksa membayar pampasan ganti rugi beratus-ratus juta kepada Singapura atas pembatalan yang dibuat Kerajaan Muhyiddin.

– Bernama/TunCarlos.com