Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Covid-19: Terdapat senarai panjang kes kematian tertunggak, kata Khairy



PETALING JAYA: Jumlah kematian Covid-19 setiap hari di Lembah Klang dijangka menurun dalam dua hingga tiga minggu lagi selepas data kes tertunggak kes kematian yang dilaporkan atau ‘backlog’ diselesaikan, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.

Tambah beliau, disebabkan data kes tertunggak ini, kes kematian harian yang dilaporkan setiap hari oleh kementeriannya tidak termasuk kes yang berlaku dalam 24 jam terakhir.

“Terdapat banyak ‘backlog’ kes kematian… sebab kita perlu dapatkan pengesahan sama ada si mati betul-betul mati akibat Covid-19 atau tidak,” kata Khairy pada sidang media hari ini ketika dalam lawatan ke Kota Kinabalu.

Katanya terdapat senarai panjang dan terdapat banyak kes kematian tertunggak di kementerian.

Menurut Malaysiakini, Khairy berkata beliau memang mempunyai senarai kes kematian yang dilaporkan mengikut tarikh dan akan mendedahkan lagi jumlahnya pada Rabu.

Mengenai keadaan di Sabah, Khairy juga menjangkakan jumlah kematian di sana akan menurun dalam dua hingga tiga minggu ke lagi.


Beliau juga meminta pemimpin masyarakat untuk memainkan peranan yang lebih besar memastikan kesihatan masyarakat sekeliling sebagai cara untuk mengurangkan kes kematian di luar hospital (BID) kerana ramai yang tidak terdaftar sebagai pesakit di pusat kesihatan awam.

“Untuk menyelesaikan masalah ini, kita harus memperhebatkan peranan pemimpin masyarakat dan jiran,” katanya memetik portal The Vibes.

“Orang ramai boleh memeriksa jiran mereka (yang sakit) untuk melihat apa yang mereka lakukan ketika mengalami gejala atau penyakit mereka bertambah buruk.”

-FMT