Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Dua anggota polis ditahan, sertai parti dadah dekat Changkat KL



DUA anggota polis berpangkat Lans Korporal dan Konstabel Sokongan antara 14 individu yang ditahan kerana terlibat dalam satu parti liar yang diadakan di sebuah residensi mewah di Changkat Raja Chulan, Kuala Lumpur.

Sebuan dilakukan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik kira-kira pukul 9.30 malam kelmarin hasil maklumat dan risikan yang dijalankan.

Difahamkan, kesemua 14 yang ditahan merupakan tujuh lelaki dan tujuh wanita yang berusia lingkungan 20 hingga 40 tahun.

Selain tangkapan, hasil pemeriksaan turut menemukan dadah jenis ketamin seberat 5.56 gram yang berjumlah RM834.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Sahar Abd Latif berkata, siasatan awal mendapati parti liar itu dianjurkan oleh seorang lelaki berusia 39 tahun dan tiada sebarang bayaran dikenakan.

“Kesemua pengunjung dijemput melalui telefon dan penganjur menyewa premis tersebut dengan harga RM220 sehari.

“Parti Liar ini juga merupakan sebuah “Parti Ketamin” memandangkan dadah yang digunakan adalah dadah jenis Ketamin dan kesemua mereka yang menjalani saringan awal polis didapati positif Ketamin (KET),” katanya.

Jelasnya, kesemua pegunjung dikenakan kompauan sebanyak RM4,000 di bawah Peraturan 17(1) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) (Pelan Pemulihan Negara) (No.2) 2021.

Tambahnya, kes kini disiasat di bawah Seksyen 12(2), Seksye 15(1)(a) dan Seksyen 13(c) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952. 

-SuaraMerdeka