Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Ismail Sabri tarik kes saman fitnah, kemenangan moral untuk Anina


KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini telah menarik semula saman fitnah ke atas Presiden Empirical Malaysia, Anina Saadudin. 

Menurut Anina perkembangan ini adalah satu kemenangan moral bagi beliau.

Pada 25 Mac lalu, kes saman difailkan terhadap Anina yang juga bekas Ketua Wanita Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) itu atas dakwaan menyiarkan kata-kata fitnah di Facebook bahawa Ismail Sabri tidak kompeten dalam menjalankan tugas ketika melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Anina, 46, selaku defendan memberitahu mahkamah bahawa beliau memilih bela diri sendiri tanpa diwakili peguam.
 
"Hari ini di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Ismail Sabri telah menarik balik kes saman ke atas saya. Ianya adalah persetujuan untuk penyelesaian kes tanpa kos."

"Saya wanita pertama di dunia di saman oleh Menteri Pertahan yang kemudiannya naik sebagai  Timbalan Perdana Menteri,  naik sebagai  Perdana Menteri dan kemudiannya  menarik balik saman! Saya juga wanita pertama di dunia menyaman Perdana Menteri. 

"Saya akan terus bercakap benar walau di mana saya berdiri. Ajak masuk gelanggang, saya masuk gelanggang.

"Ajak keluar gelanggang sebelum mula berlawan, apa boleh buat, takkan saya nak berdiri dalam mahkamah seorang diri." ujar Anina

Antara saya dan Ismail, tiada siapa yang menang 

"Apa pun, saya mengkritik Perdana Menteri bukan untuk menjadi pemenang. Antara saya dan Ismail, tiada siapa menang hari ini selagi rakyat masih sakit, meninggal dunia, bunuh diri, hilang kerja, menganggur, tidak cukup makan, hilang harta benda dan pelbagai lagi masalah akibat lintang pukang politik. 

"Saya akan terus bercakap benar kerana saya rakyat Malaysia yang berhak bersuara mengikut Perlembagaan. 

"Mereka gelar saya anak Mahathir kerana kaki bergaduh dengan Perdana Menteri. Saya juga kritik bapa dan guru saya (Mahathir) ketika beliau menjadi Perdana Menteri. 

"Saya bercakap benar tanpa prejudis, adil dan berani. Saya bukan bergaduh, saya cuma bercakap benar. Sebagai manusia biasa saya juga pasti melakukan kesilapan tutur kata. Yang tutup mulut dan berdiam diri sahaja tidak akan melakukan kesalahan. 


Mohon maaf juga kepada Ismail

Walaupun tidak di minta oleh Ismail atau mahkamah, Anina memohon maaf kepada Ismail kerana menggelar beliau dengan nama kurang di senangi. 

"Bagi orang Kedah seperti saya, perkataan tersebut hanya perumpamaan untuk lelaki atau perempuan yang tidak kuat semangat. "

"Saya juga memohon maaf kepada Tun Mahathir, Dato Seri Najib Razak dan Tan Sri Muhyiddin Yasin andai ada terkasar bahasa.Yang penting saya tidak pernah memfitnah, melainkan hanya bercakap benar. 

"Saya akan terus bercakap benar sehingga hujung usia. Kita beroleh kemenangan pertama!" ujar Anina ketika tamat prosiding secara maya hari ini.

-TunCarlos.Com