Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Peguam bunuh diri, terjun dari tingkat 22 dekat Sibu

Keadaan mangsa sebelum terjatuh dari tingkat 22, Bangunan Wisma Sanyan, Jalan Morshidi Sidek, dekat sini hari ini.


Sibu: Peguam lelaki maut selepas terjatuh dari tingkat 22 Wisma Sanyan di sini, kira-kira 1 petang, hari ini.

Ketua Polis Daerah Sibu Asisten Komisioner Stanley Jonathan Ringgit berkata, mangsa yang berusia 43 tahun dipercayai mengalami masalah kemurungan.

"Siasatan awal mendapati mangsa bercerai dengan isterinya yang juga peguam bekerja di Kuching, sebulan lalu," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Katanya, siasatan lanjut masih dijalankan dan mayat dihantar ke Hospital Sibu untuk tindakan lanjut.

Dalam pada itu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak Khirudin Drahman berkata, mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh paramedik dari Hospital Sibu.

"Ketika anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sibu tiba, mangsa sudah terbaring di kawasan tempat letak kenderaan Wisma Sanyan.

"Petugas kesihatan membuat pemeriksaan dan mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia," katanya ketika dihubungi.

Menurutnya, anggotanya turut melakukan kerja pembersihan di kawasan itu sejurus mayat diserahkan kepada pihak polis.

Saksi yang bekerja di Wisma Sanyan mendakwa melihat mangsa naik ke tingkat 22 bangunan berkenaan kira-kira 10 pagi.

Kejadian itu menggemparkan orang ramai di kawasan itu dan video mengenainya tular di media sosial, menunjukkan mangsa memakai kemeja putih, bertali leher dan seluar hitam serta memakai pelitup muka.

-HMetro