KUALA LUMPUR: Semua Ahli Parlimen termasuk pembangkang akan diberikan peruntukan sama rata bagi tempoh berakhir tahun ini, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas) Mastura Mohd Yazid, hari ini.
Mastura turut memberitahu Dewan Rakyat, keputusan memberikan peruntukan sama rata membabitkan Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang bagi Sept hingga Dis, seperti mana dipersetujui Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob.
-FMT