Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Pesakit dakwa 'diculik' ke ICU walaupun sihat, meninggal dunia

Pesakit ketika LIVE bersama seorang aktivis GPMC ketika mengadu "diculik" oleh pihak hospital


PETALING JAYA – Seorang pesakit Covid-19 yang tular selepas mendakwa dirinya ‘diculik’ dan ‘dipaksa’ berada di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Pulau Pinang disahkan meninggal dunia, hari ini.

Allahyarham Affendy Mohd Yusof, 43, dikatakan sudah dipindahkan ke wad biasa selepas melepasi tempoh jangkitan Covid-19.

Khabar dipercayai berkaitan pemergian arwah turut dikongsi seorang pengamal perubatan, Dr. Malar Santhi Santherasegapan di laman Facebook milik beliau sebentar tadi.

"Katanya, dia telah dapatkan nasihat perundagan dan dia kemudiannya buat keputusan untuk tolak prosedur intubasi untuk membantu pernafasannya yang terganggu, dan dia juga buat keputusan untuk stay di hospital, dan bukannya mengambil discharge atas risiko sendiri seperti perancangan awal."ujar Dr Malar dalam satu kenyataan di Facebook.

"Saya difahamkan, itu lah bentuk nasihat perundangan yang alleged telah diberikan kepadanya. So sekarang ni, nasihat telah diambil, dan dia meninggal dunia. 

“Ajal maut bukan di tangan doktor atau peguam atau atas sesuatu prosedur. Ajal maut telah ditetapkan. Persoalannya, adakah kita sudah berikhtiar sehabis baik. Apa yang kita boleh bakal lakukan kalau ada kes akan datang.

“Ajal dia sudah sampai dan nyawanya sudah diambil. Sama seperti saya, kalian semua juga mesti reda dengan pemergian dia. Persoalannya, apa yang kita akan buat atau patut buat pada masa hadapan untuk kes sama? Apa iktibar yang kita boleh ambil daripada kisah ini,” tulisnya hari ini.

Pada 13 September lalu, media melaporkan Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang, Dr. Ma’arof Sudin berkata, pesakit berkenaan telah dimasukkan ke wad ICU selepas disahkan mengalami Covid-19 tahap empat.

Menurutnya, pihak hospital berulang kali menjelaskan kepada pesakit serta ahli keluarga mengenai risiko yang boleh membahayakan dirinya sekiranya dia tidak membenarkan rawatan dijalankan. 


sumber: Kosmo