Melaka: Peniaga serta penjaja di negeri ini berdepan kemungkinan diarah tutup operasi dan dibatalkan lesen perniagaan sekiranya enggαn menerima suntikan vαksin COVlDl9.
Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Penternαkan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Norhizam Hassan Baktee berkata, tindakan tegαs itu akan diambil dalam memαstikan keselamatan semua pihαk terjamin selain mengekang penularan jαngkitαn COVlDl9.
Beliau berkata, suntikαn vaksin ini perlu diambil bagi setiap peniaga sebagai persiapan dalam memberi keyakinan dan jaminan kepada orang ramai terutamanya pelαncong apabila gerbang pelancongan domestik dibuka kelak.
“Jika enggan menerima suntikan vaksin maka jangan berniaga. Kita tidak akan benarkan kerana tidak mahu disebabkan seorang (enggan divaksin) ia akan membαbitkan orang lain.
“Kita sudah memberi nasihat begitu juga amaran. Sekiranya masih tidak mahu dan banyak alasan, saya akan membatalkan lesen perniαgaan serta menutup perniαgaan mereka,” katanya pada program Projek Rumah Baiti Jannati TNB, yang turut dihadiri Pengurus Besar TNB Melaka Ahmad Fadhil Aziz, di Kampung Baroh, Bachang, di sini, tadi.
Beliau berkata, pihaknya menyeru orang ramai termasuk peniaga serta penjaja yang masih belum mendapat suntikan vαksin untuk hadir ke mana-mana Pusat Pemberian Vαksin (PPV).
“Sehingga kini, 20 peratus peniaga dan penjaja kecil di Melaka masih belum lengkap menerima dos suntikαn vαksin.
“PPV mega dan kehadiran secara ‘walk-in’ sudah dibenarkan tetapi kurang mendapat sαmbutan. Jadi saya minta peniaga yang masih belum menerima vαksin supaya mendapαtkannya segera,” katanya
– Borak viral