Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Bapa rogol anak perempuan, paksa anak lelaki rogol ibu



SINGAPURA: Seorang bapa dihukum penjara selama 29 tahun dan 24 sebatan selepas didapati bersalah merogol anak kandung berusia 13 tahun dan memaksa anak lelakinya, 15, merogol ibu sendiri.

Suspek, 41, berdepan tiga pertuduhan merogol, serangan seksual dan bersubahat dengan menghasut anaknya untuk merogol, lapor CNA.

Tertuduh merupakan seorang juruteknik dan tinggal di pangsapuri bersama isteri, 45, anak perempuan yang kini berumur, 16 dan anak lelaki, 18.

Pada 2015, lelaki itu tinggal bersendirian di dalam rumah bersama anak perempuannya yang ketika itu berusia 11 tahun dengan menyuruhnya membasuh alat kemaluan.

Kanak-kanak itu memahami maksud sebenar bapanya yang mahu melakukan hubungan seks dengan dirinya kerana pernah dicabul semasa darjah tiga.

Mangsa terpaksa akur dan masuk ke bilik, sementara bapanya sudah menunggu dalam keadaan berbogel.

Timbalan Pendakwa Raya, Victoria Ting berkata, suspek melakukan perbuatan seks ke atas mangsa dan memaksanya untuk membalas.

Mangsa tidak membenarkan perbuatan seks itu tetapi mematuhinya kerana takut dengan bapanya.

Tertuduh memberitahu niatnya merogol anak kandung sendiri kerana tidak mahu individu lain mengadakan hubungan seks dengan anaknya dan mahu dia kekal bujang sampai bila-bila.

Kejadian sama berulang pada 2017 dan mangsa membongkarkan perkara itu kepada abangnya.

Akibat takut dipukul oleh bapanya dan tidak mahu menjejaskan nama keluarga, abang keluarga mendiamkan perkara itu.

Mahkamah turut mempertimbangkan pertuduhan lain termasuk kejadian kedua memaksa anak lelakinya memperkosa ibunya sendiri.

Kejadian berlaku ketika lelaki itu mabuk. Dia memaksa anak lelakinya merogol ibunya yang sedang tidur dalam bilik dalam keadaan tanpa pakaian.

Mangsa tidak menyedari dirogol kerana ketika itu sedang tidur selepas mabuk. 

Anak lelaki terpaksa mengikut arahan bapanya kerana takut dimarah dan dipukul.

Setelah anak perempuannya belajar mengenai pendidikan seks di sekolah, dia mula sedar bahawa perkara ini perlu dilaporkan kepada polis.

Dia menceritakan apa yang telah berlaku kepada makciknya dan mereka bersama-sama ke balai untuk laporan polis.


-CNA