Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Belum 100 hari dah hilang satu negeri, Anina tempelak Ismail Sabri


BANGI: Presiden Empirical Malaysia, Anina Saadudin berkata parti UMNO khususnya di Melaka sudah semakin berserabut berikutan 4 orang ADUN termasuk dari UMNO sendiri telah menarik sokongan terhadap Ketua Menteri Melaka yang juga dari UMNO.

"Politik Malaysia kecoh lagi. Kali ini masuk peringkat carca marba macam dalca. Sedar tak sedar,  kerajaan Melaka tumbang!"ujar Anina di Facebook beliau.

"Kali ni bukan serangan dari PH, jauh sekali Portugis atau Belanda. Melaka tumbang kerana UMNO tak puas hati dengan UMNO sendiri."

Kenapa ada double standard?

"Ini tidak pelik kerana sebelum ini pun Ismail Sabri juga naik atas pentas isyhtihar lawan Presiden dan keputusan MT UMNO. Ismail kemudian dilantik menjadi Perdana Menteri."

"Yang pelik kali ini adalah Idris Harun isyhtihar tarik sokongan terhadap kerajaan negeri dan keahliannya gugur serta merta mengikut perlembagaan."

"Kenapa ada double standard? Mana ada untung pejam mata, takdak untung buang ikut perlembagaan. Menarik untuk diperbincangkan lanjut tetapi saya rasa agak mual."

Menurut bekas Ketua Srikandi Bersatu itu lagi, UMNO sepatutnya lakukan post mortem tentang apa sebenarnya punca Idris Harun marah dan kenapa Speaker DUN Melaka, Ab Rauf nampak begitu terkesan hingga memecat Idris dari UMNO.

"Jangan lah salahkan Idris Harun sahaja, cuba selidik betul-betul sampai lubang cacing."

Menurut Anina, ada lagi perkara ajaib yang melibatkan UMNO Melaka. 

"Presiden UMNO bertegas bahawa UMNO tidak akan bekerjasama dengan BERSATU di PRN Melaka. Sementara itu, Pengerusi BN Melaka pula berkata BN akan pertimbangkan kerjasama dengan PN. "



"Lebih haru lagi PAS bermesyuarat malam ini dan bertegas untuk perkasakan MN dan dalam masa yang sama akan pertahankan PN (tepuk dahi). "

"Belum habis di situ, bagaimana pula peranan Ismail Sabri sebagai ketua kerajaan mewakili UMNO?"

"Belum 100 hari dah hilang satu negeri. Apa lagi UMNO akan hilang di PRU15 nanti?" soal Anina lagi.

-TunCarlos.com