Pejabat Kesihatan Kepong telah mengeluarkan kompaun di bawah Akta 342 kepada Barisan Nasional malam ini kerana telah didakwa melanggar SOP Fasa 4 PPN bagi penganjuran majlis sosial.
Kompaun berjumlah RM10,000 telah dikeluarkan.
Pengerusi Barisan Nasional Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi malam tadi telah hadir di Dewan Tun Hussein Onn WTCKL untuk merasmikan Pelancaran Jentera Barisan Nasional Pilihan Raya Negeri Melaka.
Turut kelihatan Timbalan Pengerusi Barisan Nasional Datuk Seri Mohamad Hj Hasan dan juga beberapa pemimpin tertinggi BN yang lain.