Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Facebook, Whatsapp dan Instagram tidak boleh diakses lagi, data pelanggan dijual di 'darkweb'


Sudah lebih 5 jam, pengguna platform laman sosial Facebook termasuk WhatsApp, Messenger dan Instagram tidak dapat mengakses ke laman-laman tersebut sejak tengah malam Isnin.

Akibat dari masalah itu, saham Facebook dilihat terus menjunam sebanyak 5.5% pada hari ini. 

Lebih mengejutkan, kini sebanyak 1.5 juta data pelanggan Facebook telah dijual di laman web "darkweb".


Pada awalnya, laman sesawang pengesanan gangguan Downdetector.com menunjukkan pengguna berdepan masalah itu di Facebook sejak kira-kira beberapa minit sebelum jam 12 malam.

Selain itu, lebih 98,500 pengguna mengalami berdepan masalah di laman Instagram, sementara berjuta pengguna juga tidak dapat menghantar mesej di WhatsApp.

Susulan itu, ramai pengguna beralih ke laman media sosial Twitter untuk meluahkan kesulitan yang mereka hadapi untuk membuka laman-laman tersebut ketika ini.

Facebook dan Whatapp dalam kenyataan di Twitter memaklumkan, pihaknya kini sedang berusaha mengatasi masalah itu.



berita dari Aljazeera:


"Kami menyedari bahawa beberapa pengguna menghadapi masalah untuk mengakses aplikasi dan produk kami.

"Kami berusaha untuk memulihkan keadaan secepat mungkin, dan kami mohon maaf atas kesulitan ini," kata ciapan itu.

Menurut kenyataan dari The Academy,  laman Facebook bukan sahaja tidak boleh diakses malah ia telah hilang dari rangkaian internet seluruh dunia.


Kini sudah hampir 5 jam berlalu, masalah ini masih belum berjaya diatasi.

Untuk rekod , Facebook pernah alami gangguan seperti ini pada Mac dan Julai tahun ini. Tapi tidaklah seteruk gangguan pada hari ini.

Menurut sumber dalaman, kini staff-staff di Facebook terpaksa berhubung sesama mereka dengan hanya menggunakan sms dan Outlook email.

video: 


-TunCarlos.com

[Maklumat lanjut menyusul]