Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Gadis 21 tahun dari Batu Pahat hilang





BATU PAHAT: Sebuah keluarga dari Kampung Tanjung Laboh, di sini memohon orang ramai untuk mengesan anak gadis mereka yang dipercayai menghilangkan diri, sejak kelmarin.

Abang mangsa, Md. Azizul Zainal, 36 berkata, kehilangan adik bongsunya, Norfarahin, 21 tahun itu menimbulkan tanda tanya berikutan gadis berkenaan tidak mempunyai kenalan rapat sama ada lelaki atau wanita di kawasan sekitar.

Katanya, dalam kejadian Selasa lalu, kehilangan Norfarahin disedari oleh ibu bapa mereka, Zainal Ahmad, 66, dan Fatimah Jamak, 50-an, ketika ingin melakukan solat sunat berjemaah pada pukul 3.30 pagi.

“Sudah menjadi rutin untuk kami melakukan solat sunat berjemaah pada awal pagi. Namun pada hari kejadian ketika ibu dan ayah ingin memanggil adik bersama, didapati Norfarahin telah tiada di biliknya.

“Kami kemudian memeriksa almari pakaian dan melihat beberapa helai pakaiannya telah dibawa bersama. Kami hubungi rakan-rakannya namun tiada siapa mengetahui kemana adik pergi,” katanya ketika dihubungi.

Menurut Md. Azizul, beberapa hari sebelum kejadian, adiknya itu ada memaklumkan hasrat untuk bekerja di Kuala Lumpur dan keluarga mengizinkan.

“Kami beritahunya bahawa keluarga sendiri akan menghantar adik ke sana jika benar dia ingin bekerja, namun dia hanya mendiamkan diri. Malah, beberapa hari sebelum kejadian, adik juga tidak berkelakuan pelik.

“Kami keliru dengan tindakannya kerana tiada perselisihan faham berlaku antara adik dan keluarga sebelum itu,” katanya. 

Md. Azizul berkata, mereka telah membuat laporan polis berkaitan kehilangan Norfarahin dan memohon jika orang ramai menemuinya untuk menghubungi talian 019-4478962 atau melaporkan kepada pihak polis. 

– UTUSAN