Isu perjanjian air dan Batu Puteh, Najib dedah Mahathir yang sebenarnya 'pariah'
Bagi mempertahankan diri daripada langkah 'tidak masuk akal' kerajaan PH dahulu untuk tarik balik tuntutan ke atas Pulau Batu Puteh beberapa hari sebelum perbicaraan bermula, Tun Mahathir menggunakan alasan bahawa jika Malaysia tidak menghormat perjanjian bermaksud negara kita adalah negara pariah.
Lalu, dia cuba alihkan isu Pulau Batu Puteh ke isu penjualan air oleh Malaysia ke Singapura pada harga amat murah.
Jika kita ingat kembali, isu harga penjualan air ini menjadi isu besar ketika kerajaan PH mula mentadbir selepas PRU14,
sumber: FB Najib Razak |
Lepas itu, senyap je memanjang. Langsung tidak diselesaikan oleh kerajaan PH atau kita diberi apa-apa update berkenaannya.
Kenapa? Sebab perjanjian permisahan Singapura dari Malaysia yang dibuat pada tahun 1965 di United Nations secara sangat spesifik menyatakan bahawa Malaysia bersetuju untuk menghormati perjanjian penjualan air - terutamanya bagi perjanjian air tahun 1962 yang menetapkan harga air mentah yang dijual ke Singapura pada harga 3 sen bagi setiap 1,000 gelen.
Perjanjian ini tamat 100 tahun kemudian pada tahun 2061 tetapi membenarkan semakan harga dibuat oleh kedua-dua negara pada tahun 1987 iaitu 25 tahun selepas perjanjian dibuat tahun 1962.
Namun masa itu, PM4 pilih untuk tidak semak semula harga pada tahun itu seperti dibenarkan dalam perjanjian.
Hanya sekali sahaja PM4 pernah jawab kenapa dia lepaskan peluang untuk semak harga pada tahun 1987 apabila dia ditanya pada tahun 2002.
Dia jawab bahawa dia bimbang bahawa Singapura akan naikkan harga air terawat yang dijual kepada Johor sekiranya Malaysia naikkan harga air mentah. Masa itu (dan sekarang juga), ketergantungan Johor dengan bekalan air terawat dari Singapura adalah tinggi.
Ya, kita terikat dengan perjanjian permisahan yang dibuat dengan Singapura di United Nations.
Tak takut jadi pariah pula, PM4 dan PM7 apabila dia jadikan isu harga air ini sebagai modal politik dia selama berpuluh tahun.
Masa itu dia tak pulak kata kita perlu hormat perjanjian antarabangsa?
Cuba tanya dia sekali lagi kenapa dia tidak semak semula harga air mentah ke Singapura pada tahun 1987.
Tanya juga kerajaan PH dan kerajaan PN dahulu juga kenapa harga air mentah ke Singapura juga tidak dapat diselesaikan masa mereka memerintah?