Asas penolakan akar umbi kepada PPBM adalah jelas bahawa UMNO di semua peringkat tidak dapat menerima untuk bekerjasama dengan pihak yang mengkhianati perjuangan dan berterusan melakukan usaha untuk melemahkan parti UMNO yang sekian lama menjadi tunjang perjuangan umat Melayu Islam.
1. Dakwaan dangkal YB Datuk Seri Azmin Ali bahawa kononnya keputusan untuk tidak bekerjasama dengan PPBM merupakan pandangan peribadi Presiden UMNO adalah tidak benar.
2. Hakikatnya, kenyataan Presiden UMNO adalah cerminan ketetapan perwakilan secara sebulat suara di Perhimpunan Agong UMNO pada 28 Mac 2021 yang jelas tidak mahu sebarang kerjasama politik diadakan dengan PPBM dalam Pilihanraya akan datang.
3. Kenyataan Pengarah Jabatan Pilihanraya PN seperti tidak menghormati hal ehwal dalaman UMNO dan semata mata melancarkan perang psikologi bagai ‘mencurah minyak atas bara api’ dan berusaha melaga lagakan UMNO supaya dilihat berpecah belah.
4. Asas penolakan akar umbi kepada PPBM adalah jelas bahawa UMNO di semua peringkat tidak dapat menerima untuk bekerjasama dengan pihak yang mengkhianati perjuangan dan berterusan melakukan usaha untuk melemahkan parti UMNO yang sekian lama menjadi tunjang perjuangan umat Melayu Islam.
5. Walaubagaimanapun Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia akan akur dengan sebarang keputusan parti jika ada sebarang perubahan dasar untuk mengadakan kerjasama politik dengan sesiapa sahaja.
6. Namun sebagaimana peruntukan Perlembagaan UMNO, sebarang ketetapan Perhimpunan Agung UMNO hanya boleh dirombak dengan kembali semula kepada perwakilan untuk membuat keputusan baharu khususnya mengenai hubungan kerjasama dengan PPBM dalam Pilihanraya.
Syed Mohd Johan Rizal bin Syed Unan Mashri
Pengarah Komunikasi Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia
25 Oct 2021.