Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Pergerakan Najib di Melaka 'dipantau' pegawai KKM



TANJUNG KELING: Kemana-mana sahaja bekas Perdana Menteri Dato Seri Najib pergi, mesti akan sentiasa menjadi perhatian ramai.

Terbaru pagi tadi ketika beliau bersarapan di Kampung Nelayan dekat Tanjung Keling Melaka, kedatangannya turut dipantau oleh petugas Kementerian Kesihatan.

"Bagus Kementerian Kesihatan.Saya datang makan breakfast. Ada penguatkuasa standby pantau, bisik tanya dah scan MySejahtera belum?"

"Orait. Boleh boleh. Mereka menjalankan tugas. Ke mana-mana pun kita kena pastikan kita ikut SOP. Jom breakfast sekali."


Menurut ahli Parlimen Pekan itu, kedatangannya ke situ bukanlah untuk berkempen pilihanraya tetapi hanyalah untuk makan-makan dan berjumpa sahabat lama sahaja. 

Sementara itu ketika ditanya oleh wartawan, Najib berkata kawasan kampung nelayan tersebut berpotensi untuk dimajukan

Beliau juga berpuas hati bajawa sejak kerajaan BN memerintah, para nelayan di situ telah dapat banyak manfaat seperti jeti, kemudahan bot, lampu dan sebagainya.

"Ini jelas menunjukkan dasar-dasar kerajaan BN benar-benar mengubah keadaan hidup di sini." ujar beliau. 

-TunCarlos.com