Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

PRN Melaka: Akar umbi UMNO tak kuat, kerjasama PN-BN masih terbuka -Razali

Razali Idris


PETALING JAYA: Walaupun Perikatan Nasional (PN) dijangka bertanding semua kerusi pada pilihan raya negeri (PRN) Melaka 20 Nov ini, ruang untuk bekerjasama dengan parti lain termasuk Umno dan Barisan Nasional (BN) masih terbuka.

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu, Razali Idris, berkata kenyataan Pengerusi PN, Muhyiddin Yassin yang gabungan itu akan bertanding di semua 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) sebagai respons terhadap pendirian Umno yang tidak konsisten untuk bekerjasama pada pilihan raya itu.

“Sebenarnya kenyataan Muhyiddin berlandaskan kenyataan Umno yang tidak konsisten, Presiden Umno mengatakan tak akan bekerjasama dengan Bersatu dan ada sebahagian pemimpin Umno lain berusaha untuk bekerjasama dengan Bersatu dan PN.

“Untuk PRN Melaka tarikh sudah ada tapi masih ada ugutan tak mahu kerjasama sedangkan PN sentiasa terbuka untuk bekerjasama dan kita lihat di pusat kita boleh kerjasama dengan elok, apa masalah untuk kerjasama di Melaka.

“Muhyiddin pun kata kebarangkalian (tanding 28 kerusi DUN) kalau BN tak bersama kita. Kita kita tunggu jawapan keputusan mesyuarat pimpinan tertinggi BN, kalau mereka muktamad tak kerjasama, kita akan teruskan. Cuma kita kalau boleh tidak mahu pecahkan kerangka penyatuan ummah,” katanya kepada FMT.

Razali mengulas kenyataan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Puad Zarkashi, yang menyifatkan pengumuman Muhyiddin bahawa PN akan bertanding di semua 28 kerusi DUN Melaka bukti parti itu tamak dan mahu memecahkan undi.

Katanya, soal agihan kerusi PRN Melaka antara parti yang memerintah di Putrajaya termasuk Bersatu dan Umno boleh dibincang secara baik.

Umno bukan lagi parti dominan

Beliau berkata, pemimpin Umno tidak boleh lagi menganggap parti itu dominan memandangkan situasi ketika ini tiada parti yang boleh dianggap “abang besar” melainkan bekerjasama dalam membentuk kerajaan.

“Sebahagian pemimpin Umno masih beranggapan Umno masih dominan. Masih anggap ‘abang besar’, bukan semua pemimpin Umno begitu tapi sebahagian seperti Puad. Saya lihat menteri, Ahli Parlimen Umno mereka semua berusaha untuk menyatupadukan Melayu,” katanya.

Beliau turut menolak dakwaan Umno masih mempunyai akar umbi kuat sehingga ada pemimpin parti itu memandang rendah kekuatan Bersatu untuk memenangi pilihan raya.

“Saya tak nampak akar umbi Umno kuat kerana sudah berpecah. Ada pergi kepada PKR, PAS dan Bersatu. Ada juga pergi kepada DAP, 10-20 tahun lalu betul akar umbi Umno kuat, sekarang bukan lagi,” katanya.

Razali tidak menolak jika PN dan BN bertembung pada PRN Melaka ia ibarat membantu Pakatan Harapan menawan semula negeri itu.

“Mana-mana parti yang menolak untuk bekerjasama ia secara tidak langsung membantu DAP kembali berkuasa di Melaka,” katanya.

-FMT