Temu bual yang dilakukan oleh selebriti Harith Iskander dengan usahawan kontrversi Nursajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruzzaman sememangnya masih hangat dibualkan oleh warganet.
Dalam temu bual yang bersiaran langsung di FB selebriti berkenaan, Sajat ada menceritakan kronologi yang terjadi dalam hidupnya berhubung beberapa isu sehingga dia mengambil tindakan melarikan diri ke luar negara.
Walau bagaimanapun, dalam temubual bersama usahawan transgender itu, ada pihak yang kurang setuju dengan pendedahan yang dibuat oleh Sajat.
Menurutnya, Sajat telah memutar belitkan fakta dan menjelaskan isu mahkamah berkaitan kes penipuan dengan cara yang salah.
Hal ini dimaklumkan sendiri oleh sepupunya iaitu Nurnilam Sari di laman FB. Dia yang dikatakan menjadi ‘mangsa’ kes yang melibatkan Sajat telah tampil membangkang apa yang diperkatakan oleh usahawan itu.
Tak hanya itu, Nurnilam Sari dan seorang lagi individu yang terlibat dalam kes penipuan yang dilakukan Sajat dikenali sebagai Nurwati Husin bercadang untuk menyaman Harith Iskander berhubung temubual yang dianggap berat sebelah.
Walau bagaimanapun, Harith Iskander menerusi laman FB nya telah menulis bahawa dia sama sekali tidak berpihak kepada mana-mana individu.
Dia cuma mahu rakyat Malaysia mendengar sendiri apa yang diperkatakan Sajat dari mulutnya sendiri tanpa perlu percaya 100% apa yang diucapkan.
Terdahulu, temubual selebriti berkenaan dengan usahawan kontrversi tersebut telah mencetuskan ‘g0sip’ baru apabila Sajat secara terang-terangan mengaku bahawa dirinya adalah seorang transg3nder.
Dalam temubual itu juga, dia ada menceritakan berkenaan kes mahkamah yang dilaluinya dimana dia kalah dalam kes saman tersebut dan perlu membayar ratusan ribu ringgit
-OhMyMedia