Konsisten, sebagaimana kita tolak Wan Azizah sebagai MB Selangor begitu juga akar umbi di Melaka menolak Mas Ermi sebagai calon Ketua Menteri Melaka, kata ahli akar umbi PAS.
Menurut mereka, ia bukan kerana isu gender tetapi lebih kepada integriti.
Muhyiddin banyak bercakap soal imej tersebut namun beliau dilihat cuba menutup isu Mas Ermi yang berkait dengan maruah.
Skandal dana kepunyaan Puteri UMNO Malaysia berjumlah lebih dari RM5juta.
Nama beliau ada di dalam fail SPRM tetapi dikatakan seolah lesap kesnya apabila beliau melompat menyertai Mahathir dan sekali lagi melompat untuk bersama Muhyiddin.
Bagaimana moral seorang pemimpin yang mudah melarikan diri dan meninggalkan penyokong kerana jawatan, wang dan perlakuan jenayah? soal mereka.
-MyKMU