Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Budak 5 tahun jatuh dari tingkat 16 dekat Selayang pula



KUALA LUMPUR: Selepas seorang kanak-kanak empat tahun maut terjatuh dari tingkat 29 kondominium di Jalan Ipoh dekat sini, semalam, hari ini, kejadian sama berulang apabila kanak-kanak berusia lima tahun terjatuh dari tingkat 16 sebuah pangsapuri di Selayang.

Sumber memberitahu, dalam kejadian pagi tadi, mangsa bersama adiknya yang berusia empat tahun dipercayai berada dalam jagaan ibu saudara mereka.

"Bagaimanapun, mangsa disyaki terjatuh ketika ibu saudaranya sedang berada dalam bilik air.

"Punca sebenar kejadian masih dalam siasatan," katanya.

Astro AWANI dimaklumkan, polis akan mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai kejadian itu dalam masa terdekat.

Semalam, media melaporkan seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun maut selepas terjatuh dari tingkat 29 sebuah kondominium di Jalan Ipoh, di sini.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, dalam kejadian jam 2.41 petang itu, mangsa dipercayai ditinggalkan bersendirian di rumah oleh bapanya yang keluar membeli barang, dalam keadaan pintu berkunci