Difitnah tutup kedai ketika Najib mahu makan, tuan kedai tampil beri penjelasan
Video tersebut telah ditularkan oleh admin Facebook page Pro-Pakatan Harapan (PH) iaitu Kelab Che Det.
"Najib datang, tauke kedai terus tutup kedai. Najib balik hampa." tulis admin Kelab Che Det dalam pautan bersama video tersebut.
Video tersebut telah dikongsi sebanyak lebih 500 kali dengan lebih 3.7 ribu sukaan.
Tuan Kedai tampil beri penjelasan
Setelah video itu tular, pemilik kedai 'Dak Lin Celup Tepung' telah memuat naik video bagi menjelaskan perkara yang sebenar.
Menurut pemilik kedai, video viral yang telah di edit sekerat itu telah diedarkan oleh pihak yang tidak bertangguhjawab untuk menfitnah beliau.
"Mengenai isu viral tak betul dari pihak yang tak bertanggungjawab. Mana ada Dak Lin tutup kedai dan tak layan Bossku.
"Dak lin baru 8 hari beranak tau. Turun kedai sebab teruja nak jumpa Bossku. Tak habis nak buat fitnah."ujar wanita tersebut.
Menurutnya keadaan di mana pekerja kedainya melipat meja sepeti yang didakwa mahu menutup kedai adalah kerana mereka mahu menyusun semula meja dan kerusi untuk kegunaan rombongan DS Najib.
Menurut Dak Lin lagi, rombongan DS Najib telah tiba 10 minit lebih awal sehingga menyebabkan mereka terpaksa menjadi kelam-kabut untuk menyediakan tempat.
Ketika pekerja kedai sedang menyusun kerusi dan meja, DS Najib sempat bermesra dengan pelanggan yang makan di luar kedai makan tersebut.
Najib berterima kasih kepada pemilik kedai
Sejurus itu, Najib berterima kasih kepada pemilik kedai kerana sudi menceritakan perkara yang sebenar.
"Terima kasih atas penjelasan. Yang main edit potong pendek video demi fitnah saya dan kedai tersebut, harap hentikan.
"Saya cuma ke kedai untuk makan untuk sekejap saya pun boleh cetus isu dan dijadikan propaganda klip video fitnah?" ujar Najib.
-TunCarlos